Kau.


Kau. Kenapa eh kau tak pernah faham perasaan aku? Tak pernah faham situasi aku? Tak pernah nak jaga hati aku? Kenapa aku pulak yang  selalu kena jaga perasaan kau? Kenapa aku sahaja yang selalu kena mengalah? Asyik-asyik aku je .Unfair betol kan. Hmph :/

Kau.Kenapa kau nak salahkan aku 100% ekh? Kau rasa kau sorang je yang betul.Okay fine. You just can put the blame on me. Aku mengaku yang aku salah. Awal-awal lagi aku dah kata kat kau, aku memang tak tahu apa-apa.Aku memang tak faham apa-apa. Dari istilah,tujuan hingga konklusinya. Tapi kenapa kau tak pernah nak fahamkan aku? Tak pernah nak terangkan kat aku? Tentang semuanya. Kau tahu tak selama itu aku pendam sengsorang. Tak pernah cakap kat sesiapa pon.Aku fikir sendiri tanpa panduan orang lain.Sebab itu aku jadi rezab.Bila aku nak luahkan perasaan aku kat kau, kau tak bagi aku peluang. Kau tahu tak betapa aku makan hati dengan kau? Kau takkan pernah tahu sebab kau tak pernah ambil tahu pasal aku. Kan?

Kau. Aku tahu la kau memang tak mempermainkan aku. Tapi kau dah memperbodohkan aku. Sampai aku telah bertindak bodoh dan cakap benda-benda yang bodoh. Kau sekarang bolehlah nak cakap aku bodoh. Dan aku jugak mengaku yang aku bodoh. Bodoh sebab tak sedar yang kau sedang memperbodohkan aku pada masa itu.Bodoh sebab tak faham makna di sebalik ayat-ayat kau yang tersirat dan tersurat.Memang aku bodoh. Kalau aku dah pandai, takdelah pulak aku pergi sekolah nak belajar kan.Whahhh, banyak betol bodoh! Mintak-mintak tak jejas hotak aku nak jawab soalan-soalan SPM nanti heeeee Amin :) . Dan kau pulak jangan ingat mentang-mentang aku budak kelas 5 Al-Amin , kononnya aku pandai dalam semua perkaralah. Tolong jangan judge aku camtuh okay. I REALLY DONT LIKE IT PBHFFFT :P

Kau. Tahniahlah sebab dah berjaya mempengaruhi aku. Kau telah berjaya merubah prinsip aku. Merubah aku punya perangai sedikit sebanyak. Aku hargai sangat perubahan yang kau lakukan terhadap aku dalam keadaan kau tidak sedar walaupun kau tak pernah hargai perubahan aku tu. Err, cam berbelit je ayat nie. Haha pedulikan ;p . Papepon , aku mahu kau tahu yang aku tabikk seperingggggg ah kat kau sebab kau dah berjaya membuktikan yang aku nie sama sahaja dengan "mereka" yang lain. Bagus, cemerlang! ;D . A round of applause for your great success. Ahaks.

Kau. Aku tak kisah dah kalau kau nak benci aku sekalipun. Sebab aku tahu perasaan itu bukanlah sesuatu yang boleh dihalang apatah lagi dipaksa. Rite guys? Dan aku takkan pernah benci kau jauh sekali nak berdendam dengan kau. Lagipon , buat apa aku nak bermusuh-musuhan dengan kau. Ustaz Salleh Yaacob sendiri pon cakap Islam melarang umatnya saling membenci antara satu sama lain. .Aku jugak tak menyesal dan tak rugi pon dapat kenal kau sebab aku tahu mengenali seseorang adalah satu rahmat daripada Allah S.W.T. Kalau aku menyesal sekalipon , takde maknanyeee sebab bila menyesal itu namanya menyalahkan takdir. Ishh tak patut la kan camtu~~

Kau.Semata-mata kau nak jauhkan diri dari aku, kau hina aku macam-macam. Kau maki aku macam-macam.Kononnya aku nie nak menganggu hidup kau lah seperti "mereka" yang lain. Euwwww, kadang kau nie boleh tahan jugak KOYAnye eh? Eyh hello? Kalau kau tak ganggu orang lain awal-awal, takdelah pulak orang ganggu kau kan? Setakat kau nak kata kat aku macam-macam, ada aku kisah? One more time ,

ADA AKU KISAH?!

Kau.Aku tak nafikan yang aku dah keluarkan statement yang aku pasti hati kau terkesok sampai ke bawah limpa gituu. Ditambah lagi dengan segala nganjingan aku sebagai tindak balas terhadap segala caci-maki kau , maka aku jugak pasti hati kau mendidih melebihi takat lebur pada masa itu kan.Gheee! Orang kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. So, aku nak mintak maaf kat kau buat kali terakhir dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.Terpulanglah pada kau nak maafkan aku atau tak.Sekurang-kurangnya aku dah laksanakan kewajipan aku k.Sebagai seorang teman, aku hanya berdoa agar kau berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat dan aku berharap kau berubah menjadi insan yang lebih baik. May God bless you dude! :)

Kau. Sampai bila lagi aku nak fikir dan cakap pasal kau. Baik aku fikir dan cakap pasal aku dan hidup aku ork. Pasal masa depan aku. Pasal harapan orang sekeliling aku yang tersayang. Harapan untuk lihat aku berjaya capai impian aku.Bukannya kau menjanjikan apa-apa pon untuk aku aite? Okay mulai sekarang stop cerita pasal kau.This is Hikayat Siti Husna, not Hikayat Kau.May this be the last entry for you.Assalamualaikum~Choww~

 




0 komengg [s]:

Post a Comment

Copyright 2009 blogbahamramban.. All rights reserved.
Sponsored by: Website Templates | Premium Wordpress Themes | consumer products. Distributed by: blogger template.
Bloggerized by Miss Dothy