RSS

huhu


Perghh da lama gila kot tak nulih lam blog nie wei. hehe. for this time being , aku tengah sit for trial. alhamdulillah segalanya brjalan dengan lancar.3 bulan lagi da nak spm. muak gila duk kat skola. haishhh, sabor jelahhh ~ so far skola taon nie takdelah best sangat :P lam skala 1-10. aku bagi 2/10 je. huhu.and the sad part is, aku rindu sangat-sangat kat bestfrens aku. lama tak gelak sama. lama tak make fun sama. huk3. kawan-kawan merangkap adik-adik aku taon nie takdela rapat and sekepala sangat. almaklumla tak sampai satu tahun pon kenal -_-

hrmmmmm...

kadang kan. aku rase kan macam down je kot this year. learning condition tak macam dulu. meriah. huh. buttt aku gagahkan je diri, push diri aku untuk belajar. mainan perasaan tu tolak je tepi2. sebab aku fikir " mende tu sume " remeh-temeh je. aku nak ada masa depan yang cerah. just like other's hope.biasalah aku sebagai hamba Allah taklah perfect macam nabi, aku jugak ada buat silap.so pada orang yang aku buat salah, terguris hati ke pebende secara sengaja ataupun tidak, aku mintak maaf okay.

aku nie nak kata baik taklah sangat.akhlak masuk dalam longkang. suka aja sakitkan hati orang.bak kata omputih,troublemaker.hehe. ada pon skit je mereka yang tahan dengan prangai aku. and mereka2 tu la jugak yg paling ak sayang and appreciate in life.hurm rasenye da cukup untuk entry kali ni kot. takde gunanye nak luah perasaan banyak3 kat alam maya nie kerana manusia boleh membentuk seribu kata- kata , seribu bahasa. tapi kata-kata tidak boleh membayangkan perasaan dengan jelas. Chewahhh. Adios.


RECOVERED


Alhamdulillah , dengan izin Allah S.W.T , aku dah sembuh sikit daripada penyakit schizofrenia yakni penyakit mental. Mujor x gila lagi.kwakwakwa. Thanx a lot to my mom Anisah Roslina and my dad Ahmad Maricar yang tak jemu berikhtiar mencari penawar bagi anak kesayangan ini. Hehee ;P Hoh , bukan itu sahaja viewers sumer , diaorang jugak sentiasa bagi moral support wolopon aku kantoi dalam SPM 2010. Tsk Tsk.

Tapi itu tak bererti aku gagal dalam hidup ! Gagal sekali x bermakna gagal ntok selamanya. An an an ? Setiap org ada masalah masing-masing. Begitu juga aku. Takdir Illahi belake , kite xleh ubah.No worries larh sebab aku tahu second chance masih ada lar babes. Weee tahun nie daku kena repeat SPM balik semata-mata untuk menghadiahkan kejayaan yang cemerlang untuk ibubapaku ;D InsyaAllah 10 A+ SPM 2011. Doakan eden yerk teman-teman sekalian.Bulan 4 masuk skoloh SS balik. Yeay ! :P Moga-moga hasratku untuk mengubah nasib hidup akan mendapat restu Illahi. Amin.

"YA ALLAH YA TUHAN KAMI , KURNIAKANLAHKEJAYAAN KEPADA KAMI DALAM SETIAP PEPERIKSAAN YANG BAKAL KAMI TEMPUHI. KUATKAN SEMANGAT DAN TEKAD KAMI DALAM USAHA UNTUK MEREALISASIKAN CITA-CITA KAMI SERTA BERKATILAH KAMI DALAM SETIAP PEKERJAAN YANG KAMI LAKUKAN.JANGANLAH ENGKAU HAMPAKAN HARAPAN KEDUA IBUBAPA KAMI. YA ALLAH , ANUGERAHKANLAH JUA KESIHATAN YANG BAIK KEPADA KAMI, TERANGILAH HATI KAMI SERTA SENTIASALAH MEMBERI PETUNJUK KEPADA KAMI.RABBANA ATINA FIDDUNYA HASANAH WA FIL AKHIROTI HASANAH WAQINA 'ADZABANNAR. WASOLOLLAHU 'ALA MUHAMMADIN WA 'ALA AALIHI WASAHBIHI WASALLAM WALHAM DULILLAH HIROBBIL A'ALAMIN. AMIN YA RABBAL ALAMIN. "

Sekian , wassalam~


Tadaaaa!



Niela fon baru aku ! HAHA :D .Alhamdulillah , setelah bersusah payah, berhempas pulas membodek waliqku  yang tersayang dari tahun lepas lagi, akhirnya terbuka jua hati si dia untuk membelikan daku sebutir fon baru ; Sony Ericsson Elm :)


Weeeeee, sayang waliq ! XD


Biarpon tak dapat fon yang diidamkan, tapi aku bersyukur dapat fon nie. At least , dapat gantikan Nokia Express 5300 aku yang buruk tuh ! Wakakaka ;pp






boringgg.


Hurm , sepanjang cuti nie takde benda lain dah aku buat melainkan;

  • makan
  • minum
  • tidur
  • facebooking
  • chatting

Hahaha , memang membazirkan masa betul ! Buku lak haram aku sentuh. Homework lagilah.Wakaka . Apa nak jadilah aku nie. Pemalas betul.Padahal trial 2 bulan jew lagi. SPM lak 5 bulan jew lagi. Adesss. Camne erk nak buang rasa malas tuh? Ish ish ish susah tol. Tahun nie aku macam  kurang study lah. Asyik enjoy jek lebih.Last yearlah katakan. Kui3. Harap-haraplah sikap aku yang buruk nie berubah secepat mungkin. Takut arh jugak result trial aku nanti drop. Dahlah masa midterm baru-baru nie aku jawab ntah pape jek. Macam takde semangat nak exam. Konpem result mid term aku nie macam celaka jew kan.Tahun lepas takdelah camnie sikap aku.Semangat nak study tuh berkobar-berkobarlah jugak. Tahun nie cam malap jew semangat ouh. Cikgu - cikgu pulak aku tengok cam rushing jek nak habiskan silibus. Aku dahlah style lambat pick up. Masa dah semakin suntuk lah walaweyy. Huh! Mampukah aku nak kejar balik topik-topik yang aku kurang faham dan yang aku tak faham langsung ? Huwaaaa, debor arh ! Gane ea , gane ea ? Matilah aku kalau kantoi dalam SPM nantiii ! Apa aku nak jawab kat waliq dan ma ? Dan yang paling penting , macam mana aku nak further studies kat oversea if result aku cam syial jek? Aaaaaa , aku harus bangkit ! Jangan jadikan tahun nie Zaman Gelap aku sebab tahun nielah penentu masa depan aku. Arghh ! So apa lagi Husna, CHANGE YOUR ATTITUDE START FROM RIGHT NOW !


* Dear Fathia , Sara , Fatin , Shahirah dan Natasya ; thanks sangat-sangat sebab korang dah bantu aku ,wi nasihat kat aku , sudi dengar luahan hati aku, berada di sisi aku saat aku dirundum kepiluan. Wawawawa :P .  Meskipun sometimes aku degil dan tak dengar kata , tapi korang still accept aku seadanya sebagai kawan. I really appeciate all that guys ! :') Tak lupa jugak pada Anis dan Najian. Korang sangat bermakna bagi aku. 

:) 

Kau.


Kau. Kenapa eh kau tak pernah faham perasaan aku? Tak pernah faham situasi aku? Tak pernah nak jaga hati aku? Kenapa aku pulak yang  selalu kena jaga perasaan kau? Kenapa aku sahaja yang selalu kena mengalah? Asyik-asyik aku je .Unfair betol kan. Hmph :/

Kau.Kenapa kau nak salahkan aku 100% ekh? Kau rasa kau sorang je yang betul.Okay fine. You just can put the blame on me. Aku mengaku yang aku salah. Awal-awal lagi aku dah kata kat kau, aku memang tak tahu apa-apa.Aku memang tak faham apa-apa. Dari istilah,tujuan hingga konklusinya. Tapi kenapa kau tak pernah nak fahamkan aku? Tak pernah nak terangkan kat aku? Tentang semuanya. Kau tahu tak selama itu aku pendam sengsorang. Tak pernah cakap kat sesiapa pon.Aku fikir sendiri tanpa panduan orang lain.Sebab itu aku jadi rezab.Bila aku nak luahkan perasaan aku kat kau, kau tak bagi aku peluang. Kau tahu tak betapa aku makan hati dengan kau? Kau takkan pernah tahu sebab kau tak pernah ambil tahu pasal aku. Kan?

Kau. Aku tahu la kau memang tak mempermainkan aku. Tapi kau dah memperbodohkan aku. Sampai aku telah bertindak bodoh dan cakap benda-benda yang bodoh. Kau sekarang bolehlah nak cakap aku bodoh. Dan aku jugak mengaku yang aku bodoh. Bodoh sebab tak sedar yang kau sedang memperbodohkan aku pada masa itu.Bodoh sebab tak faham makna di sebalik ayat-ayat kau yang tersirat dan tersurat.Memang aku bodoh. Kalau aku dah pandai, takdelah pulak aku pergi sekolah nak belajar kan.Whahhh, banyak betol bodoh! Mintak-mintak tak jejas hotak aku nak jawab soalan-soalan SPM nanti heeeee Amin :) . Dan kau pulak jangan ingat mentang-mentang aku budak kelas 5 Al-Amin , kononnya aku pandai dalam semua perkaralah. Tolong jangan judge aku camtuh okay. I REALLY DONT LIKE IT PBHFFFT :P

Kau. Tahniahlah sebab dah berjaya mempengaruhi aku. Kau telah berjaya merubah prinsip aku. Merubah aku punya perangai sedikit sebanyak. Aku hargai sangat perubahan yang kau lakukan terhadap aku dalam keadaan kau tidak sedar walaupun kau tak pernah hargai perubahan aku tu. Err, cam berbelit je ayat nie. Haha pedulikan ;p . Papepon , aku mahu kau tahu yang aku tabikk seperingggggg ah kat kau sebab kau dah berjaya membuktikan yang aku nie sama sahaja dengan "mereka" yang lain. Bagus, cemerlang! ;D . A round of applause for your great success. Ahaks.

Kau. Aku tak kisah dah kalau kau nak benci aku sekalipun. Sebab aku tahu perasaan itu bukanlah sesuatu yang boleh dihalang apatah lagi dipaksa. Rite guys? Dan aku takkan pernah benci kau jauh sekali nak berdendam dengan kau. Lagipon , buat apa aku nak bermusuh-musuhan dengan kau. Ustaz Salleh Yaacob sendiri pon cakap Islam melarang umatnya saling membenci antara satu sama lain. .Aku jugak tak menyesal dan tak rugi pon dapat kenal kau sebab aku tahu mengenali seseorang adalah satu rahmat daripada Allah S.W.T. Kalau aku menyesal sekalipon , takde maknanyeee sebab bila menyesal itu namanya menyalahkan takdir. Ishh tak patut la kan camtu~~

Kau.Semata-mata kau nak jauhkan diri dari aku, kau hina aku macam-macam. Kau maki aku macam-macam.Kononnya aku nie nak menganggu hidup kau lah seperti "mereka" yang lain. Euwwww, kadang kau nie boleh tahan jugak KOYAnye eh? Eyh hello? Kalau kau tak ganggu orang lain awal-awal, takdelah pulak orang ganggu kau kan? Setakat kau nak kata kat aku macam-macam, ada aku kisah? One more time ,

ADA AKU KISAH?!

Kau.Aku tak nafikan yang aku dah keluarkan statement yang aku pasti hati kau terkesok sampai ke bawah limpa gituu. Ditambah lagi dengan segala nganjingan aku sebagai tindak balas terhadap segala caci-maki kau , maka aku jugak pasti hati kau mendidih melebihi takat lebur pada masa itu kan.Gheee! Orang kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. So, aku nak mintak maaf kat kau buat kali terakhir dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.Terpulanglah pada kau nak maafkan aku atau tak.Sekurang-kurangnya aku dah laksanakan kewajipan aku k.Sebagai seorang teman, aku hanya berdoa agar kau berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat dan aku berharap kau berubah menjadi insan yang lebih baik. May God bless you dude! :)

Kau. Sampai bila lagi aku nak fikir dan cakap pasal kau. Baik aku fikir dan cakap pasal aku dan hidup aku ork. Pasal masa depan aku. Pasal harapan orang sekeliling aku yang tersayang. Harapan untuk lihat aku berjaya capai impian aku.Bukannya kau menjanjikan apa-apa pon untuk aku aite? Okay mulai sekarang stop cerita pasal kau.This is Hikayat Siti Husna, not Hikayat Kau.May this be the last entry for you.Assalamualaikum~Choww~

 




first time blogging yeay! :D


Ada seorang kawan saya pernah kata , setiap benda yang kita lakukan kat muka bumi nie msti ada kali pertamanya. Contohnya , setiap manusia telah pon menghidup udara buat pertama kalinya saat mereka dilahirkan ke dunia Allah S.W.T. Huhuhu. And sooooooooo, pada tanggal 3 Jun 2010 ini, tarikh di mana saya telah dilahirkan 17 tahun yang lalu, maka tercetuslah idea saya untuk menceburkan diri dalam arena penulisan blog . Ngeeee~ .Hrmmm, actually da lame da teringin nak wat blog tapi xde mase trluang .Huuu. K lah , xnak citer panjang2. Next post lak ye k. Tataaa and Assalamualaikum! :D
Copyright 2009 blogbahamramban.. All rights reserved.
Sponsored by: Website Templates | Premium Wordpress Themes | consumer products. Distributed by: blogger template.
Bloggerized by Miss Dothy